''1. 黎明即起,洒扫庭除,要内外整洁;既昏便息,关锁门户,必亲自检点。
【释文】
天刚亮就要起床,洒水扫地,打扫庭院,使屋里屋外都要整齐干净;日落后就要休息,锁门关窗,一定要亲自检查。
【解析】
《朱子治家格言》从一天开始和一天结束时应该做的事情说起,劝导家族子弟培养顺应自然、健康向上的生活作风,养成良好有序的生活习惯和审慎严谨的生活态度。
【Bahasa China Moden】
Bangun ketika fajar menyingsing untuk menyiram air dan menyapu pekarangan supaya semuanya menjadi kemas dan bersih sama ada di dalam atau di luar rumah. Rehat selepas matahari terbenam, mengunci pintu dan menutup tingkap dengan diri sendiri.
【Penghuraian】
Ayat-ayat Mutiara Keluarga Zhuzi menggunakan kerja yang perlu dibuat ketika hari bermula dan hari berakhir sebagai titik tolak untuk menasihati anak muda dalam keluarga supaya mengikuti hukum alam semula jadi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta memupuk sikap yang baik dan cermat dalam kehidupan.
2. 一粥一饭,当思来处不易;半丝半缕,恒念物力维艰。
【释文】
一口粥,一碗饭,要想到它们来得不容易;纵然是半根线半根丝,也要常常想到它们生产出来的艰难。
【解析】
这里的一口粥、半根线等可以延伸到一切的生活用品,其中凝聚着无数人的劳动,因此都应当珍惜。
【Bahasa China Moden】
Sesudu bubur, semangkuk nasi adalah tidak mudah untuk diperolehi. Walaupun seurat benang, kita kena faham kesusahannya ketika dihasilkan.
【Penghuraian】
Bubur dan nasi dalam teks ini boleh dianggap sebagai wakil kepada semua barang keperluan kehidupan, kita harus menghargainya kerana ia mengandungi titik peluh ramai orang.
3. 宜未雨而绸缪,毋临渴而掘井。
【释文】
凡事应该预先做好准备,就像在下雨之前就应把房子修补好,不要口渴了才想到要挖井取水。
【解析】
提前做好准备,事情就容易办得成功;没有准备,事情来了才匆忙应付,就不容易做好,而且还可能措手不及,忙中出错。
【Bahasa China Moden】
Patutlah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik, seperti memperbaiki rumah sebelum hujan. Janganlah bermula menggali perigi apabila dahaga.
【Penghuraian】
Lebih mudah mencapai kejayaan jika bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak bersiap sedia, apabila sesuatu terjadi, baru bermula menanganinya, tidak mudah menjayakannya. Malah kemungkinannya kesalahan akan terjadi.